
KUALA LUMPUR: Ahmad Zahid Hamidi beri amaran perbicaraan Najib Razak bakal dirujuk sebagai contoh perbicaraan tidak adil oleh negara Komanwel, termasuk tidak menampilkan saksi utama, iaitu bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, meskipun namanya disebut dalam kes bekas perdana menteri itu.
Presiden Umno itu berkata demikian dalam taklimatnya kepada ahli Umno, semasa menarik perhatian ratusan hadirin kepada beberapa pertikaian yang timbul, dalam rayuan Najib terhadap pensabitan kes SRC International.
Isu yang disorot Zahid termasuk mahkamah tidak menerima pengemukaan keterangan baharu, tidak membenarkan penangguhan selepas pertukaran peguam, dan penularan ‘kertas penghakiman’ sebelum prosiding selesai.
“Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengesahkan kebocoran penghakiman itu hanya bersifat deraf. Namun hakikatnya, keputusan bersalah sudah pun dibuat,” katanya.
Di…