
YAN: PAS mengingatkan Umno supaya merujuk semula perjanjian piagam Muafakat Nasional (MN) sebelum memutuskan untuk bertembung dan bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menegaskan perkara itu ketika mengulas masa depan MN selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) berulang kali menegaskan untuk bergerak solo dalam PRU15 termasuk enggan bekerjasama dengan Bersatu yang membentuk kerajaan bersama di Putrajaya hari ini.
Katanya, Presiden Umno Ahmad Zahid sendiri bersetuju dan menyokong syarat perjanjian dalam piagam MN di mana jika berlaku perselisihan faham, kedua-dua parti itu hendaklah merujuk al-Quran dan sunnah bagi memastikan penyatuan ummah dikekalkan tanpa sebarang perpecahan yang merugikan Islam.
“Saya masih ingat lagi waktu sebelum perjanjian ditandatangani di PWTC kebetulan Zahid…