
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) yang dibocorkan, baru-baru ini, sebagai “cerita lama”.
“Itu dah lama, bukan cerita baru,” katanya ketika menjawab soalan pemberita mengenai perjanjian beliau dengan PN, di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, Bukit Kiara.
Terdahulu, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, mendedahkan maklumat yang didakwanya mengandungi perkara disunting daripada surat itu menerusi sebuah video di Facebook.
Dakwanya, dalam surat itu, Ismail bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai peguam negara. Idrus dilantik sebagai peguam negara apabila Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan.
Menurut Lokman, Ismail juga didakwa berjanji akan mengekalkan jawatan menteri, timbalan…