
PETALING JAYA: Polis menahan seorang pembantu rumah, semalam selepas disyaki melarikan barangan kemas milik seorang wanita bernilai RM150,000 dalam kejadian di sebuah rumah, Kelana Jaya, pada Sabtu.
Suspek merupakan warga asing berusia 55 tahun bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di rumah mangsa pada hari kejadian.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 40-an menyedari kehilangan barangan kemas miliknya, pada 7.40 malam Jumaat.
“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek, 3 petang semalam. Polis juga menemui semula beberapa barang kemas di sebuah rumah di ibu kota.
“Antara yang dirampas ialah 12 kepingan emas pelbagai saiz dan berat, empat keping dinar emas, dua bentuk cincin dan pelbagai jenis barangan kemas.
“Suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut…