
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak bahawa, surat sokongan (LoS) yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membolehkan syarikat itu memperoleh pinjaman USD3 bilion menunjukkan bakal pelanggan tidak yakin dengan terbitan bonnya.
Siti Zauyah Desa berkata, kerajaan berada dalam kedudukan “lemah” dalam usahanya untuk mengumpul dana.
Ketika ditanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohamed mengenai apakah yang dimaksudkan sebagai “lemah”, Zauyah berkata, penarafan ekonomi Malaysia yang diukur oleh agensi global seperti Fitch adalah rendah pada masa itu.
Mahkamah diberitahu bahawa 1MDB menjalin usaha sama dengan Aabar Investment PJS pada 2012 untuk membangunkan projek Tun Razak…