
BALING: Seramai 130 orang daripada 37 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas dua mukim di daerah ini dilanda banjir kilat, petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Mohd Faizol Ab Aziz berkata 96 orang daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang manakala 34 orang daripada enam keluarga di PPS Dewan Masjid Al Huda, Kampung Hangus.
“Setakat 8 pagi tadi, mereka yang berlindung di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang terdiri daripada empat bayi, 22 warga emas, 31 kanak-kanak dan 39 dewasa.
“PPS Dewan Masjid Al Huda Kampung Hangus pula menempatkan empat warga emas, 20 kanak-kanak dan 10 dewasa,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Faizol berkata banjir kilat itu…