
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.
Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.
“Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.
“Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas.
Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM.
Mengulas lanjut, Ismail turut…