
PETALING JAYA: Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak lagi diiktiraf di negara ini, sebaliknya kerajaan akan menguat kuasakan penggunaan Kad Pengenalan Khas (MyRC) sebagai dokumen sah kepada pelarian yang diterima menetap di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, berkata kad itu yang didaftarkan menerusi Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS), akan menjadi dokumen rujukan kepada semua agensi penguatkuasaan.
“Malaysia bukanlah negara yang menjadi anggota kepada konvensyen mengenai status pelarian 1951 atau protokol mengenai status pelarian 1967 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi sebenarnya kita tidak perlu mengiktirafkan kad (UNHCR) ini.
“Apabila kita sudah ada program kita sendiri, maka kalau mereka tidak mahu terjebak dalam…