
PETALING JAYA: Polis masih giat menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, termasuk meneliti kesahihan segala maklumat diterima berhubung keberadaannya di negara asing.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya telah memohon dan memperolehi ‘red notice’ (individu dalam buruan berdepan pendakwaan)
daripada Interpol terhadap Jho Low, pada 2018.
“‘Red notice’ tersebut adalah jenis kategori yang hanya boleh diakses agensi penguatkuasa negara ahli Interpol memandangkan suspek berkenaan tidak memudaratkan keselamatan awam berdasarkan penilaian pihak Interpol.
“Ia turut dikeluarkan oleh Interpol kepada 195 negara ahli sebagai makluman dan mendapatkan bantuan maklumat mengenai keberadaan penjenayah buruan,” katanya dalam…