
PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap berpusat Shah Alam meninggal dunia, awal pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Polis A Skandaguru, berkata orang kena tahan (OKT) berusia 33 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, di lokap berkenaan, kira-kira 4.59 pagi.
Katanya, polis kemudian menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan bantuan, namun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam, kira-kira 5.20 pagi.
“Lelaki berkenaan telah ditangkap pada 29 Jul lalu dan ditempatkan di lokap berpusat Shah Alam sementara siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Langkah-langkah Pencegahan…