Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamat bomba

today16 September 2022

Background



Bomba berkata kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang diselamatkan itu dipercayai didera. (Gambar Bomba)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post