
PETALING JAYA: Pelbagai pihak berkepentingan menyambut baik cadangan pakar kesihatan agar kerajaan menubuhkan kementerian khusus untuk kanak-kanak.
Bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) James Nayagam berkata terdapat pelbagai isu mengenai kanak-kanak, termasuk buli siber, buli di sekolah, kehamilan dan pengguguran dalam kalangan remaja, gengsterisme dan kesihatan mental.
“Sekurang-kurangnya 3,000 kanak-kanak terjejas dengan isu-isu seperti ini setiap tahun.
“Dengan perkembangan teknologi yang pesat, jumlah itu berkemungkinan meningkat kerana kanak-kanak terdedah kepada ancaman yang hanya dihujung jari,” katanya kepada FMT, sambil menambah bahawa mekanisme yang berkesan diperlukan untuk menanganinya.
“Jadi, di manakah komitmen kerajaan untuk menangani isu-isu…