
PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang ditahan polis Klang Utara, semalam, kini dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan kes ugut dan pukul ibu pelakon itu.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya di perkarangan IPD Klang Utara, 4.10 petang tadi.
“Tangkapan terhadap suspek berkenaan adalah bagi membantu siasatan laporan polis dibuat oleh bekas isterinya.
“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi memohon reman, esok,” katanya menurut Harian Metro.
Semalam, lelaki itu ditahan…