
PETALING JAYA: Seorang wanita cedera akibat ditendang dan ditumbuk suaminya selepas dia mengajak anak lelaki bekerja di sebuah kedai haiwan peliharaan dalam kejadian di Sungai Lalang, Bedong, Sungai Petani, kelmarin.
Dalam kejadian 11 malam, mangsa berusia 37 tahun bertengkar dengan suaminya sebaik mengetahui anak sulung lelakinya mahu mengikut ibu bekerja secara sambilan.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan membenarkan anaknya bekerja sebelum tercetus kekecohan antara pasangan terbabit.
Pertengkaran itu menyebabkan suami mangsa berusia 39 tahun dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan lalu menampar muka dan menendang pinggang isterinya.
Malah, kejadian itu turut disaksi empat anak mereka sebelum mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan…