Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih baik adakan PRU15 tahun depan, kata Anwar

today24 September 2022

Background



Anwar Ibrahim berkata keputusan mengadakan pilihan raya umum bergantung kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Yang-di Pertuan Agong.

PETALING JAYA: Kerajaan harus bertanggungjawab dengan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada masa sesuai dan tidak membebankan rakyat pada tahun depan, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata beliau bimbang dengan kemungkinan PRU diadakan ketika musim banjir dan menegaskan, ia hanya boleh dilangsungkan apabila keadaan terkawal.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kejujuran pembangkang yang membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah.

Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN pada 17 Sept lalu, Zahid dilaporkan berkata, gabungan itu sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Samuel Chua


Previous post