Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan 4 lelaki, rampas rokok seludup bernilai lebih RM2 juta

today29 September 2022

Background



Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan 198 kotak berisi 9,900 katon rokok seludup bernilai RM764,000 yang dirampas dalam dua serbuan di Bukit Mertajam Isnin lepas. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki dan merampas hampir dua juta batang rokok seludup bernilai RM2.08 juta termasuk cukai dalam serbuan Op Kontraban di dua gudang di Bukit Mertajam, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lelaki berusia 40 hingga 55 tahun itu ditahan selepas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Ringan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam pada 6.30 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah rokok seludup sebelum menyerbu sebuah lagi gudang di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bukit Tengah, Bukit Mertajam yang turut dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.

“Polis merampas 198 kotak besar mengandungi 9,990 karton rokok…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post