
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mempersoalkan bidang kuasa Umno untuk memutuskan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan tahun ini tanpa mengambil kira budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Wakil rakyat PKR itu berkata, Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada baginda untuk menjamin Parlimen tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik berkuasa.
Menurutnya, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat perdana menteri.
Tegasnya, Ahmad cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada baginda untuk…