Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Spekulasi ‘lompat’ PBM: Saya tak jual maruah, kata ADUN Chuah

today2 October 2022

Background



ADUN Chuah Yek Diew Ching berkata sekiranya mahu melompat tindakan itu sudah dilakukan ketika ‘bernilai tinggi’ bukan sudah menghampiri ‘tarikh luput’. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: ADUN Chuah Yek Diew Ching menafikan spekulasi mengaitkan dirinya melompat ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) walaupun mengakui sering menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR Negeri Sembilan.

Katanya, beliau tetap setia kepada parti yang memberi ruang kepadanya bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBM Zuraida Kamaruddin, semalam, berhubung dua ADUN Negeri Sembilan dalam proses menyertai PBM.

Diew Ching berkata, beliau tidak mengetahui siapa individu dimaksudkan menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu.

“Mudah sahaja, saya dipilih atas tiket PKR, jadi saya ini turut setia dan pegang dengan prinsip menghormati amanah diberikan rakyat. Selagi saya dipilih atas tiket PKR, saya setia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post