
PUTRAJAYA: Bilangan kes rasuah melibatkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Berdasarkan statistik, katanya, 824 wanita ditahan dengan 356 daripadanya dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 hingga Ogos lepas.
Secara terperinci, 308 wanita ditahan bagi kes tuntutan palsu; 249 (menerima rasuah); 90 (memberi rasuah) dan 82 (salah guna kuasa), manakala selebihnya adalah kesalahan lain berkaitan rasuah.
“Rata-rata mereka yang dituduh mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.
“Masa mula-mula zaman saya masuk kerja dalam Badan Pencegahan Rasuah (BPR), dalam masa setahun pun, susah hendak tangkap walaupun seorang wanita. Rasuah adalah mengenai orang yang…