
PETALING JAYA: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yakin mampu menumbangkan penyandang Parlimen Julau, Larry Sng pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya, Bobby William.
Sng yang juga presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen itu.
Bobby berkata, keyakinan itu bersandarkan kekuatan yang ada pada partinya di peringkat akar umbi, selain bersedia pada bila-bila masa untuk mengalahkan Sng.
“PBDS tidak gentar dengan cabaran dilontarkan oleh PBM, atau mana-mana calon lain yang bakal bertanding merebut kerusi majoriti Iban itu,” katanya menurut Borneo Post.
“Kami boleh menang 100% kerana kami ada kekuatan. Jika tidak, mengapa kami mahu bertanding.”
PBDS mengesahkan mereka akan bertanding di Parlimen Julau, Kapit, Baram dan Sibuti.
Pada…