
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan manakala adiknya diburu kerana membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah flat di Damansara di sini, semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kejadian jam 9.15 malam itu berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang daripada suspek selepas ditegur mangsa kerana minum arak dan mabuk ketika menaiki lif bersama.
Menurutnya, perbalahan dalam lif itu berterusan sehingga ke hadapan rumah mangsa yang berusia 45 tahun dan kedua-dua suspek memukulnya menggunakan kayu dan topi keledar.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Hasil siasatan lanjut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan seorang…