
KUALA LUMPUR: Umno berpendapat pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum musim banjir atau tengkujuh.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh PRU15.
Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
BERITA LANJUT MENYUSUL