
KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan MCA sedia menjalani proses saringan integriti dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat gejala rasuah atau salah laku, kata Presiden MCA, Wee Ka Siong.
Wee dalam kenyataan hari ini berkata, pelbagai pihak khususnya pembangkang membuat kesimpulan bahawa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu disiasat terlebih dahulu kerana rasuah, sebagai reaksi terhadap ucapan perasmian Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung MIC, Isnin lepas.
“Sebagai seorang yang waras dan mendengar sepenuhnya ucapan Zahid, yang menamakan beberapa pemimpin BN termasuk saya sendiri, jelas dibuat secara berseloroh.
“Apa yang lebih penting, beliau menekankan tentang penganiayaan politik yang bakal menanti pemimpin…