
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata naib presiden Ismail Sabri Yaakob kekal dicalonkan sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) menang PRU15.
Presiden Umno itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa beliau akan diangkat sebagai perdana menteri, bukan Ismail.
Katanya, keputusan mencalonkan Ismail ke jawatan itu tidak boleh dipertikaikan lagi.
Namun, kuasa melantik perdana menteri masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi jika ada parti pembangkang yang menamakan orang lain daripada Ismail itu adalah usaha untuk mereka memecahkan Umno dan BN, jadi itu saya tidak hormati pendirian itu.
“Kita hormati kuasa mutlak yang ada bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menurut Sinar Harian.
Hari ini, Umno Bahagian Masjid Tanah mempersoalkan usul Ismail…