
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendakwa sambutan pra-Deepavali dan sesi dialog bersama pemimpin gabungan itu di Johor Bahru semalam berjaya, dengan 120 tetamu hadir.
Ini sekali gus menyangkal laporan bahawa program itu berlangsung hambar, dengan hanya 50 orang tetamu hadir.
Dalam kenyataan, PH berkata, sesi dialog itu berjaya menghimpunkan ketua masyarakat kawasan masing-masing dan golongan profesional termasuk doktor dan peguam.
“Program ini diadakan untuk mendengar suara akar umbi tentang hal-hal yang mustahak dan mendesak terutamanya dalam kalangan masyarakat India di Johor dan juga hal-hal umum,” menurut kenyataan itu.
FMT semalam melaporkan sebanyak 200 kerusi disediakan di Dewan Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor itu, namun apabila acara bermula,…