
KUANTAN: Menteri Besar sementara Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail sedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang dimenanginya sejak tahun 2004, pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).
“Insya-Allah saya sedia pertahankan kerusi DUN Jelai jika diizinkan pucuk pimpinan parti. Setiap kali bertanding majoriti undi saya meningkat, ini merupakan rekod prestasi saya dan angka tidak pernah berbohong,” katanya.
Wan Rosdy yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang 2022 (I-Push) di Dewan Bandaraya Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum lepas, Wan Rosdy menang kerusi DUN Jelai dengan majoriti 3,507, menewaskan calon PAS Abdul…