
KUALA LUMPUR: Penjaja dan peniaga kecil mengalu-alukan pengenalan Kad Prihatin Penjaja In2Niaga, inisiatif yang dapat membantu mereka memudahkan transaksi perniagaan menerusi pendigitalan.
Platform pendigitalan itu akan menyediakan sistem pembayaran tanpa tunai dalam bentuk QR DuitNow, bagi penjaja dan peniaga kecil seperti dilaksanakan premis perniagaan di pusat beli-belah.
“Semua makluman transaksi masuk terus ke telefon anda, bererti anda tidak perlu meminta pelanggan menunjukkan bukti pembayaran,” kata Abdul Razak Nordin dari Datasonic Group Bhd, antara pihak terlibat dalam inisiatif itu.
Beliau yang ditemui pada Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil 2022 di Dataran Merdeka memberitahu FMT, kad itu akan membantu membentuk komuniti tanpa tunai untuk penjaja dan peniaga kecil, seterusnya memacu produktiviti.
Program…