Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Feri tersangkut di beting lumpur, lebih 500 penumpang, kru terkandas

today23 October 2022

Background



Lebih 500 penumpang dan kru terkandas selepas feri dari Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah tersangkut di beting lumpur di alur pelayaran Kuala Kedah petang tadi. (Gambar JBPM)

ALOR SETAR: Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah terkandas apabila ia tersangkut di beting lumpur, dipercayai akibat air laut surut yang berlaku di alur pelayaran Kuala Kedah.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapt Baharin Baharom berkata feri yang bertolak dari Langkawi ke Kuala Kedah pada pukul 1 tengah hari itu membawa 545 penumpang bersama lapan kru.

“Feri berkenaan terkandas di alur pelayaran Kuala Kedah kira-kira pukul 3 petang. Buat masa ini pihak kami sedang menunggu laporan daripada kapten feri kerana ketika kejadian air laut adalah pada paras 1.7 meter, keadaan masih selamat untuk pelayaran.

“Tinjauan awal mendapati banyak faktor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post