
PETALING JAYA: Lima wanita warga asing dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks menerusi pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah kedai, di kawasan komersial Jalan Setia Raja, Kuching.
Siasatan awal polis mendapati, semua mangsa itu dibawa masuk ke Sarawak dan dipaksa melakukan aktiviti seks dengan bayaran tertentu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata serbuan dilakukan Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, pada 3.30 petang, Jumaat.
“Semasa tiba di lokasi, polis mendapati premis didiami kesemua mangsa berusia antara 24 hingga 29 tahun itu berkunci dari luar. Pergerakan mereka pula dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV),” lapor Berita Harian.
Katanya, polis kemudian menyerbu masuk dalam…