
PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menggunakan lambangnya sendiri kerana Barisan Nasional (BN) tidak menerima penyertaannya dalam gabungan itu.
“PBM menghormati keputusan BN tidak menerima parti kami dalam gabungan itu sekarang dan kami akan bertanding PRU15 menggunakan lambang sendiri,” kata ahli pengasasnya Larry Sng dalam catatan Facebook.
“Kami akan menyemak semula permohonan kami untuk menyertai BN selepas PRU15.”
Sng berkata, PBM mungkin tidak mengehadkan dirinya hanya bertanding di kerusi yang dimenanginya pada PRU14.
Bekas Ahli Parlimen Julau itu yang sedang bergelut dalam perebutan jawatan presiden PBM dengan Zuraida Kamaruddin berkata, bukan semua penyandang kerusi Parlimen dalam parti itu akan dipilih sebagai calon.
PBM, yang memohon menyertai BN Julai lalu,…