
PETALING JAYA: Kebanyakan tambang penerbangan semasa tempoh perjalanan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah lebih murah selepas lonjakan awal berikutan pengumuman tarikh pilihan raya itu, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Pengerusinya Saripuddin Kasim berkata, pemerhatian pihaknya menunjukkan syarikat penerbangan telah memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun bagi tambang penerbangan untuk memudahkan pengguna bagi tujuan PRU15.
“Berdasarkan semakan, purata tambang penerbangan domestik sehala merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara dalam Semenanjung Malaysia ialah RM185.
“Purata tambang penerbangan bagi laluan udara dalam Malaysia Timur ialah RM188 manakala bagi laluan udara antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur ialah RM296,” katanya dalam…