
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk menentukan sama ada beliau akan dicalonkan di Parlimen Gombak untuk merampas kerusi itu daripada penyandangnya, Azmin Ali pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Naib presiden PKR dan ADUN Sungai Tua itu berkata, beliau bersedia dengan segala kemungkinan.
“Itu kena tunggulah pengumuman rasmi esok, saya tiada kuasa untuk mengumumkannya, tapi ada juga permintaan rakan-rakan, khususnya jentera parti dan sebagainya yang mahukan saya ke Parlimen Gombak.
“Insya Allah, kalau terpilih, kita akan buat sehabis baik untuk pastikan PKR meneruskan kemenangan di Parlimen Gombak sejak 2008,” katanya dipetik Harian Metro selepas Program Minum Petang Bersama Jentera PKR Parlimen Kangar sempena Jelajah Mega Harapan Perlis.
Pada…