
PETALING JAYA: Doktor dari Semenanjung Malaysia yang bertugas di pusat perubatan swasta di Sarawak boleh memohon permit kerja selama lima tahun terus daripada kerajaan negeri, tanpa perlu memperbaharuinya setiap tahun.
Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, pengeluaran permit kerja jangka panjang itu merupakan insiatif kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai tenaga kerja berkemahiran menyumbang kepakaran dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri itu.
“Permit kerja untuk tempoh lima tahun meliputi golongan profesional dari luar yang bertugas di Sarawak dalam semua sektor ekonomi daripada sektor perindustrian hingga perkhidmatan, termasuk sektor perubatan. Anda tidak perlu memperbaharui permit kerja setiap…