
PETALING JAYA: Tindakan Larry Sng bertukar parti politik terlalu kerap mungkin akan mengakibatkan beliau kehilangan kerusi Parlimen Julau di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, menurut dua penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor Jeniri Amir dan Dick Lembang Dugun daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, tabiat Sng bertukar parti menyebabkan sentimen politik di Julau kini beralih kepada Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Joseph Salang Gandum.
Salang menjadi Ahli Parlimen Julau selama empat penggal dari 1999, manakala Sng, yang juga presiden Parti Bangsa Malaysia, menang pada 2018 selepas menewaskan Salang dengan majoriti 1,931 undi.
“Peluang Sng semakin tipis sekarang,” kata Jeniri.
“Salang mempunyai pengaruh yang kuat di Julau dan beliau aktif secara agresif di lapangan sejak 2018.”
Parti Salang ialah ahli…