Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 bertengkar tak puas hati upah pasang bendera parti

today6 November 2022

Background



Polis berkata mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri membuat laporan selepas suspek mengugut mahu pulang mengambil parang di rumah.

PETALING JAYA: Kekecohan berlaku di Triang, Bera semalam berhubung upah memasang bendera parti untuk kempen pilihan raya umum ke-15.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata dua individu bertengkar di bilik mesyuarat parti di Triang pada 1.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu pemasangan bendera parti, yang mana pemasang bendera diugut oleh seorang lagi lelaki.

“Suspek mengugut ingin pulang ke rumahnya mengambil parang selepas tidak berpuas hati dengan mangsa.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis semalam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post