
PERAI: Anwar Ibrahim berang dengan Dr Mahathir Mohamad kerana menyatakan beliau tidak akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atas dakwaan gabungan itu membentuk pakatan dengan Umno.
Pengerusi PH itu berkata, dakwaan tidak benar mengenai kerjasama dengan Umno dibuat orang dalam Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Justeru, beliau menuntut pihak terbabit menunjukkan bukti rundingan itu pernah diadakan.
“Mahathir hari ini kata ‘bukan saya tak mahu sokong PH, tapi mereka bekerjasama dengan Zahid’. Beliau yang mintanya!” katanya dalam ceramah di Seberang Jaya malam tadi.
“Saya dah bersabar dengan Dr M…Sebaik saja saya jadi PM pada 20 haribulan (sehari selepas pengundian pada 19 Nov), orang pertama yang akan demam ialah Dr M. Tapi sudah tentu saya mendoakan kesihatan beliau.”
Perang mulut antara dua pemimpin itu timbul susulan…