
KUALA LUMPUR: Polis membuka tiga kertas siasatan serta menahan dua individu, masing-masing satu di Kedah dan Pahang, di atas pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semalam, kata Pengarah Operasi PRU15 PDRM Hazani Ghazali.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka di Kedah mengikut Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 kerana mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana kianat dan Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api.
Satu kertas siasatan dibuka di Pahang mengikut Seksyen 427 KK kerana khianat, dan satu lagi di Kuala Lumpur mengikut Seksyen 505 (b) KK kerana mendatangkan kegusaran awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Hazani yang…