Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warisan tawar manifesto ‘ringkas tapi mendalam’, kata Shafie

today7 November 2022

Background



Presiden Warisan, Shafie Apdal berucap di hadapan pengundi ketika berkempen di Sabah. (Gambar Facebook)

KINABATANGAN: Parti Warisan menggariskan lima inti pati dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang bakal dilancarkan kelak, kata presidennya, Mohd Shafie Apdal.

Tanpa mengulas tarikh manifesto itu akan dilancarkan, beliau berkata, inti pati manifesto parti itu antara lain merangkumi visi memperkukuh perpaduan, selain menawarkan tadbir urus yang telus sekiranya dipilih menerajui kerajaan dan sesebuah kawasan Parlimen.

Shafie berkata Warisan, turut menggariskan misi menawarkan kerajaan bersih dan berintegriti, bersifat inklusif serta adil dalam manifesto berkenaan.

“Kita mahu pemerintahan yang melaksanakan tanggungjawab secara telus serta pemerintahan adil dan saksama agar semua lapisan rakyat berhak mendapat bantuan daripada kerajaan.

“Manifesto ini ringkas tetapi kandungannya mendalam. Kita lihat nanti bagaimana,” katanya ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post