
KUANTAN: Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD) Zamrose Mohd Zain membenarkan beliau berkempen di mana-mana kem tentera darat adalah fitnah.
Malah, Hishammuddin yang juga bendahari agung Barisan Nasional (BN) berkata beliau juga tidak pernah masuk ke kem tentera darat sejak hari pertama bermulanya kempen sepanjang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Saya sebelum ini turun ke kawasan saya sendiri di Sembrong dan kawasan lain di Johor. Kini saya berada di Pahang, jadi memang tidak ada masuk kem,” katanya kepada pemberita semasa ditemui dalam program jelajah undi BN Pahang.
Turut hadir calon BN Parlimen Kuantan Ab Hamid Mohd Nazahar dan tiga calon BN bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Kuantan iaitu Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Nara @ Nikman Nordin…