
PETALING JAYA: Kibaran bendera parti dengan calon pilihan raya mula bertebaran setiap hari – dari jerayawara dan ceramah serta tidak lupa melawat mangsa banjir – menjadi aktiviti sepanjang minggu pertama kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Walaupun penamaan calon berlangsung meriah, disusuli ceramah dan serang balas antara pemimpin parti dan calon bertanding, namun kelihatan ada kelesuan membelenggu PRU15.
Ada keghairahan dalam kalangan rakyat untuk keluar dan memilih pada Mei 2018, sama ada berkisar kemarahan mengenai skandal 1MDB, rasa geram dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau demi memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di Putrajaya.
Ketika itu, perhimpunan ribuan hadirin dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) pada malam hari dengan…