
PETALING JAYA: Penganalisis melihat parti berasaskan Melayu, Bersatu dan Pejuang akan berdepan masalah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana undi Melayu sukar untuk diramalkan.
Mereka berkata, Gerakan Tanah Air (GTA) yang diterajui Pejuang mungkin akan kehilangan semua kerusi disandangnya, termasuk Parlimen Langkawi dan Jerlun, yang cuba dipertahankan Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz.
Barisan Nasional (BN) pula, kata mereka, perlu mendapat sekurang-kurangnya 65% undi Melayu untuk memenangi sejumlah kerusi yang diperlukan, manakala Pakatan Harapan (PH) perlu meningkatkan peratusannya kepada sekurang-kurangnya 30% jika mahu mendahului saingan membentuk kerajaan.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, nasib parti secara individu, dan gabungan keseluruhannya, bergantung kepada undi Melayu..
