
PETALING JAYA: Pengguna boleh menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan bawah kendalian Prasarana sepanjang hari mengundi esok.
Prasarana dalam kenyataan berkata, langkah itu adalah untuk memudahkan rakyat keluar mengundi dengan tenang dan selamat demi menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.
“Tambang percuma ini meliputi perkhidmatan perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti.
“Pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa, manakala pengguna Touch N Go boleh menggunakan kad tanpa sebarang caj.
“Bagi penggunaan token, pengguna perlu pergi ke mana-mana pejabat khidmat pelanggan di stesen berkenaan untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala,” katanya.
Sementara itu, bagi perkhidmatan Rapid Bus…