
KAJANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya.
Anwar berkata, pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya dan memaklumkan langkah itu sebagai mesej kepada ketua jabatan kerajaan yang lain untuk melakukan penjimatan.
Beliau yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, berkata langkah itu adalah budaya baharu yang ingin dibawanya.
“Ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu.
“Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita,” katanya.
Anwar berkata, setiap wang kerajaan akan digunakan sebaiknya bagi mengelakkan pembaziran yang sering berlaku pada pentadbiran sebelum ini.
“Fikirkan yang boleh jimat RM100, RM1,000, RM10,000…itu…