Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penganggur ditahan menyamar penghulu kutip derma

today4 December 2022

Background



Suspek berusia 28 tahun itu yang ditahan semalam turut dikehendaki polis berhubung kes rogol di Bachok dan satu lagi kes menyamar menggunakan modus operandi sama di Pasir Puteh Mei lalu.

PETALING JAYA: Seorang penganggur ditahan di Pengkalan Chepa, Kelantan semalam kerana menyamar sebagai penghulu mengutip derma bagi mengadakan majlis makan untuk anak yatim.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan perumahan Kemuming pada 4.48 petang Jumaat.

Beliau berkata, suspek mengaku menyamar penghulu dengan menghubungi dan meminta sumbangan daripada seorang peniaga pada 29 Okt lalu, dengan mangsa memasukkan RM500 ke akaun suspek.

Tetapi, katanya, suspek menghubungi mangsa semula dengan mendakwa wang itu tidak mencukupi dan mangsa kemudian memasukkan tambahan RM2,300.

“Suspek memberitahu mangsa majlis akan dibuat di sebuah masjid di Tumpat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Zaki…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post