
KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah wanita mengalami kerugian lebih RM7 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam menggunakan modus operandi terkini dengan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita tempatan berusia 66 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas namanya secara tidak sah dan akan dikenakan tindakan oleh KKM.
Beliau berkata, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada polis yang memberitahu mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan terdapat waran tangkap atas namanya.
“Percaya dengan perkara itu, mangsa diminta membuka tujuh akaun bank tempatan yang baharu serta menyerahkan semua maklumat akaun bank tersebut kepada suspek.
“Mangsa seterusnya diarahkan…