
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.
“(Dasar GEG) itu ada baiknya secara umum bagi saya, tetapi saya perlu lihat dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaan itu apabila kita nak sampai ke sesuatu keputusan, kadang-kadang (pelaksanaan) tidak boleh drastik… itu saya akan tengok,” katanya ketika menjadi tetamu di program Bersama Pemimpin terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mahu meneruskan pelbagai dasar digubal kementerian itu oleh menteri sebelumnya.
Zaliha berkata beliau terbuka untuk menerima nasihat dan cadangan daripada bekas menteri-menteri kesihatan dan pemegang taruh…