
PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) mahu pentadbiran Anwar Ibrahim segera melaksanakan perkara terkandung dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).
Presidennya, Muhammad Mohan, berkata NACP menyediakan panduan dan petunjuk jelas mengenai inisiatif menambah baik tatakelola dan amalan integriti di peringkat nasional.
“Budaya ketelusan dan bertanggungjawab tidak memerlukan sebarang tempoh tangguh – ia harus diamalkan dengan segera. Inilah yang rakyat harapkan dan negara kita perlu menangani pelbagai cabaran dan menetapkan semula dirinya (reset),” katanya dalam kenyataan.
Katanya, TI-M memberi jaminan akan menyokong perdana menteri dalam memastikan semua menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan mengamalkan budaya…