
PETALING JAYA: Seekor anjing pengesan bernama Blake yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali terpaksa direhatkan kerana kepenatan.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, memaklumkan kepada pemberita bahawa Blake ‘kecundang’ selepas bekerja lebih masa selama dua hari berturut-turut.
Anjing pengesan itu antara 11 yang digerakkan daripada bomba, polis, dan tentera untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Pada peringkat ini kita akan gerakkan secara bergilir-gilir bermula dengan tiga ekor dahulu, kemudian kita akan masukkan bakinya,” katanya, lapor Bernama.
“Kita mungkin akan minta penambahan sekiranya perlu.”
Sejak operasi dilancarkan pada Jumaat, anjing pengesan yang…