
PETALING JAYA: Seramai 1,600 mangsa banjir yang dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu terpaksa dipindahkan semula ke lokasi lain selepas PPS berkenaan pula dinaiki naik sejak semalam.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata, ia melibatkan dua PPS di Kemaman, Besut dan Hulu Terengganu masing-masing lima PPS, serta tiga PPS di Setiu.
Menurutnya, situasi luar jangka itu memberi sedikit kesukaran kepada pihak berkuasa dan agensi penyelamat untuk mengurus serta menjalankan kerja-kerja pemindahan mangsa selepas situasi banjir semakin buruk di negeri itu.
“Kita harap semua mangsa dapat bersabar kerana proses pemindahan mangsa akan mengambil masa. Kita sedang berusaha melakukan kerja-kerja berkenaan dengan pantas dan selamat,” katanya dipetik…