
PETALING JAYA: Bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan mengecam sikap puak “munafik politik” dan “pengkhianatan” dalam parti kerana cuba menconteng arang di muka bekas pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
Khairuddin mendakwa, terdapat segelintir dalam parti itu cuba melawan keputusan dibuat Mahathir secara konsensus untuk menutup kelemahan mereka dengan menyalahkan orang lain.
Beliau mendakwa mereka menuduhnya, Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya dan Abu Bakar Yahya – pembantu Mahathir – mempengaruhi bekas perdana menteri itu membuat segala keputusan atau pendirian politik yang salah untuk parti.
“Golongan ‘munafik politik’ ini sedang putar-belitkan cerita dan menuduh kalangan yang menyokong kuat wadah perjuangan Mahathir sebagai cuba untuk memutuskan hubungan…